Dahulunya Pusat Internet 1 Malaysia di kenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK). PJK telah dibina pada 1 Mac 2010 dengan menggunakan bangunan Industri Kecil Sederhana (IKS) milik JKKR Felda Jengka 22. Pada April 2010, bengunan PJK siap dibina dan belum beroperasi sepenuhnya. PJK beroperasi sepenuhnya pada May 2010.
Pada Tahun 2016, Pusat Jalur Lebar di beri penjenamaan baru dan di tukar kepada Pusat Internet 1 Malaysia. Dengan penjenamaan baru PJK, Pusat Internet 1 Malaysia teah berubah wajah dan perkhidmatan yang diberikan lebih baik berbanding dengna PJK. Tertubuhnya Pusat Internet ini, lebih banyak perkhidamtan yang diberikan terutamanya kemudahan dari segi IT kepada penduduk setempat. Sambutan yang positif di kalangan komuniti mengenai Pusat Internet 1 Malaysia amatlah memberangsangkan.
Setelah lima tahun penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia, penjenamaan dan pembaharuan Pusat internet telah dilakukan. Kini Pusat Internet 1 Malaysia Felda Jengka 22 telah berpindah dan beroperasi di bangunan milik sendiri pada disember 2015.